Tulips Dialysis Centre, Seksyen 6 Kota Damansara

Thanks for viewing, if any question and inquiry, please do not hesitated to call us at 0361423301 or email at mizanaimi@tulipsdc.com or walk-in to our center. Our office are open from 8.30am until 5.30pm from Monday to Friday and from 9.00am to 1.00pm on Saturday. For temporary, Treatment hour are from 7.00am to 2.00pm from Monday to Friday and will be update the change in the future.

Sunday, February 7, 2010

Hari Buah Pinggang Sedunia

Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada setiap 12 Mac diraikan oleh lebih 100 negara meliputi enam benua, termasuk Malaysia. Sambutan itu adalah sebagai kempen kesedaran kesihatan peringkat global yang memberi tumpuan kepada kepentingan buah pinggang dan menyeru orang ramai untuk menjalani pemeriksaan bagi mengena lpasti sama ada mereka berisiko menghidap penyakit buah pinggang.
INFO: Siapa yang berisiko
  • Menghidap kencing manis
  • Menghidap tekanan darah tinggi
  • Terlalu gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan
  • Mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit kencing manis, hipertensi atau masalah buah pinggang
INFO: Penyakit buah pinggang kronik
  1. CKD adalah isu kesihatan awam yang utama dan bersifat global
  2. Lebih daripada 500 juta penduduk dunia, iaitu 10 peratus daripada populasi golongan dewasa, mengalami masalah kerosakan buah pinggang.
  3. Seramai 90 peratus daripada mereka yang menghidap CKD belum lagi dikesan.
  4. Perbelanjaan bagi rawatan kerosakan buah pinggang (penyakit buah pinggang peringkat akhir) di seluruh dunia semakin meningkat
  5. Lebih daripada 1.5 juta orang didapati masih hidup dengan dialisis atau pemindahan buah pinggang dan angka ini diramal meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  6. Kos global yang melampau bagi rawatan dialisis dan pemindahan buah pinggang diramal meningkat ke paras melebihi RM3.7 trilion pada dekad yang akan datang
  7. Beban ekonomi akan menjejaskan perancangan belanjawan kesihatan di negara-negara maju dan bagi negara-negara yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah, adalah mustahil bagi mereka memperuntukkan kos sedemikian untuk program kesihatan mereka.
  8. Penyakit kencing manis membawa risiko tiga kali ganda kepada berlakunya kerosakan buah pinggang
  9. Dianggarkan sehingga 2025, penyakit kencing manis akan meningkat sebanyak 70 peratus dan mencecah 300 juta orang dan negara-negara yang membangun akan terjejas dengan teruk akibat peningkatan ini
  10. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat penyakit kronik sebanyak 2 peratus setiap tahun untuk 10 tahun berikutnya
  11. Pengesanan awal dan pencegahan bagi mereka yang menghidap CKD serta mereka yang berisiko tinggi untuk penyakit kardiovaskular boleh membantu menjamin sasaran itu dicapai
Sumber: WorldKidneyDay (picture)


No comments:

Post a Comment