Tulips Dialysis Centre, Seksyen 6 Kota Damansara

Thanks for viewing, if any question and inquiry, please do not hesitated to call us at 0361423301 or email at mizanaimi@tulipsdc.com or walk-in to our center. Our office are open from 8.30am until 5.30pm from Monday to Friday and from 9.00am to 1.00pm on Saturday. For temporary, Treatment hour are from 7.00am to 2.00pm from Monday to Friday and will be update the change in the future.

Saturday, February 20, 2010

Pesakit buah pinggang meningkat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.
“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.
Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .
Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .
Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.
- Bernama

No comments:

Post a Comment